Aktiviti ikatan dan pertolongan cemas sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam kali ini dikendalikan oleh Persatuan Pengakap SK Kionsom Inanam melalui guru penasihatnya iaitu Cikgu Mazlan, Cikgu Florina dan Cikgu Juvianah. Aktiviti ini tidak melibatkan pertandingan antara kumpulan, sebaliknya hanya permainan kecil sahaja setelah kemahiran diperolehi dari aktiviti ikatan dan pertolongan cemas.
04 May, 2012
Aktiviti Ikatan & Pertolongan Cemas
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:44:00 am Tiada Komen dikirim03 May, 2012
Malam Kebudayaan Perkhemahan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 1:01:00 pm Tiada Komen dikirim
Malam kebudayaan sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini dijalankan pada waktu malam setelah selesai proses pendaftaran peserta dan aktiviti ikatan dan pertolongan cemas. Malam kebudayaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan St. John Ambulan melalui guru penasihatnya Cikgu Azri, Cikgu Hartini dan Ustazah Zaiton. Malam kebudayaan ini merupakan aktiviti yang dipertandingkan. Oleh sebab itu setiap unit dikehendaki membuat persembahan. Antara unit yang terlibat seperti pengakap, st. john ambulan, persatuan bulan sabit Malaysia dan persatuan pandu puteri tunas.
02 May, 2012
Kawad Kaki Perkhemahan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 1:30:00 pm Tiada Komen dikirim
Kawad kaki sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini adalah di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Malaysia menerusi guru penasihatnya iaitu cikgu Javb, cikgu Othman dan cikgu Rujinah. Kawad kaki ini juga dipertandingkan antara unit-unit beruniform SK Kionsom Inanam Sabah.
01 May, 2012
Pertandingan Memasak Antara Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:27:00 pm Tiada Komen dikirim
Pertandingan memasak antara unit beruniform SK Kionsom Inanam ini merupakan pertandingan terakhir dijalankan sempena perkhemahan kali ini. Pertandingan memasak ini adalah di bawah kendalian Persatuan Pandu Puteri Tunas melalui guru penasihat cikgu Bernadette, cikgu Wong Fui Ling dan cikgu Bernadette. Kreatif juga peserta mempersembahkan masakan mereka.
30 April, 2012
Keputusan Penuh Pertandingan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 10:02:00 pm Tiada Komen dikirim
Keputusan penuh ke semua pertandingan yang dipertandingkan dalam perkhemahan unit beruniform SK Kionsom adalah seperti berikut :
- Persatuan Pandu Puteri Tunas
- Persatuan St. John Ambulan
- Persatuan Pengakap & Persatuan Bulan Sabit Malaysia
29 April, 2012
Majlis Perpisahan Cikgu Raini (Guru Penolong Kanan 1 SK Kionsom)
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 10:19:00 pm Tiada Komen dikirim23 February, 2012
Laporan Penyertaan SK Kionsom Inanam Ke Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Inanam 2012
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 6:09:00 pm Tiada Komen dikirimPasukan Bola Sepak SK Kionsom Inanam 2012
Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Inanam 2012 telah diadakan pada 15 Febuari 2012 dan 16 Febuari 2012 yang lalu. Pengelola pertandingan ini ialah SK Inanam Dua dan pertandingan ini telah diadakan bertempat di padang SKID.
Pasukan SK Kionsom Inanam telah menyertai pertandingan tersebut diwakili seramai 15 orang pemain dikendalikan oleh Jurulatih Bola Sepak En.Javb Jatin dan En. Idrus Adam. Seramai 5 orang pemain telah dipilih daripada kelas Tahun 6, 5 pemain dari kelas Tahun 5 dan 5 pemain dari kelas Tahun 4. Pemilihan yang sedemikian telah dirancang untuk membentuk pelapis pada tahun hadapan.
Sistem pertandingan yang dijalankan adalah sistem secara liga berkumpulan . Sebanyak 13 buah sekolah telah menyertainya dan telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan SK Kionsom Inanam berada dalam Kumpulan A.
Keputusan Perlawanan Kumpulan A
Pasukan sekolah hanya berjaya mengumpul sebanyak 7 mata dan menduduki tangga ke 5 dalam kumpulan A apabila hanya sekadar seri dengan jaringan 1-1 melawan SK Keronggu Inanam.
Tetap ceria walaupun terpaksa akurdengan kekalahan permainan
Laporan disediakan oleh Javb Jatin
Subscribe to:
Posts (Atom)










