Warga sekolah mengucapkan syabas dan berterima kasih di atas usaha serta komitmen penyertaan SK Kionsom ke pertandingan kompang formasi peringkat daerah Kota Kinabalu Sabah. Turut menjayakan latihan serta tunjuk cara kompang di dahului dengan ucapan terima kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar bimbingan seni budaya, Encik Azlan Md. Khair, tenaga pengajar seni reka gerak tari, Puan Florina Suntiam, juruhias peserta Puan Hartini Berahim, penyelaras pengangkutan Encik Azri Sukudan, juga tidak lupa kepada Encik Mazlan Osman selaku penyelaras kompang, para pemerhati serta tunjuk ajarku sifu kepada guru besar SK Kionsom, Encik Samie Sandau, penolong kanan pentadbiran SK Kionsom, Puan Masnie Atim, penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Kionsom, Encik Jabani Hj. Ahmad, penolong kanan kokurikulum, Puan Toisah Longgou serta semua guru dan AKS SK Kionsom di atas sokongan anda dalam menjayakan kompang sekolah untuk buat pertama kalinya. Terima kasih semua.
02 June, 2012
Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 7:56:00 pm 2 komen04 May, 2012
Aktiviti Ikatan & Pertolongan Cemas
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:44:00 am Tiada Komen dikirim
Aktiviti ikatan dan pertolongan cemas sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam kali ini dikendalikan oleh Persatuan Pengakap SK Kionsom Inanam melalui guru penasihatnya iaitu Cikgu Mazlan, Cikgu Florina dan Cikgu Juvianah. Aktiviti ini tidak melibatkan pertandingan antara kumpulan, sebaliknya hanya permainan kecil sahaja setelah kemahiran diperolehi dari aktiviti ikatan dan pertolongan cemas.
03 May, 2012
Malam Kebudayaan Perkhemahan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 1:01:00 pm Tiada Komen dikirim
Malam kebudayaan sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini dijalankan pada waktu malam setelah selesai proses pendaftaran peserta dan aktiviti ikatan dan pertolongan cemas. Malam kebudayaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan St. John Ambulan melalui guru penasihatnya Cikgu Azri, Cikgu Hartini dan Ustazah Zaiton. Malam kebudayaan ini merupakan aktiviti yang dipertandingkan. Oleh sebab itu setiap unit dikehendaki membuat persembahan. Antara unit yang terlibat seperti pengakap, st. john ambulan, persatuan bulan sabit Malaysia dan persatuan pandu puteri tunas.
02 May, 2012
Kawad Kaki Perkhemahan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 1:30:00 pm Tiada Komen dikirim
Kawad kaki sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini adalah di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Malaysia menerusi guru penasihatnya iaitu cikgu Javb, cikgu Othman dan cikgu Rujinah. Kawad kaki ini juga dipertandingkan antara unit-unit beruniform SK Kionsom Inanam Sabah.
01 May, 2012
Pertandingan Memasak Antara Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:27:00 pm Tiada Komen dikirim
Pertandingan memasak antara unit beruniform SK Kionsom Inanam ini merupakan pertandingan terakhir dijalankan sempena perkhemahan kali ini. Pertandingan memasak ini adalah di bawah kendalian Persatuan Pandu Puteri Tunas melalui guru penasihat cikgu Bernadette, cikgu Wong Fui Ling dan cikgu Bernadette. Kreatif juga peserta mempersembahkan masakan mereka.
30 April, 2012
Keputusan Penuh Pertandingan Unit Beruniform SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 10:02:00 pm Tiada Komen dikirim
Keputusan penuh ke semua pertandingan yang dipertandingkan dalam perkhemahan unit beruniform SK Kionsom adalah seperti berikut :
- Persatuan Pandu Puteri Tunas
- Persatuan St. John Ambulan
- Persatuan Pengakap & Persatuan Bulan Sabit Malaysia
29 April, 2012
Majlis Perpisahan Cikgu Raini (Guru Penolong Kanan 1 SK Kionsom)
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 10:19:00 pm Tiada Komen dikirim
Subscribe to:
Posts (Atom)







