|
Kejohanan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam Sabah pada tahun ini telah pun dimenangi oleh Rumah Kuning di bawah pimpinan Cikgu Bernadette. Di bantu oleh guru-guru rumah seperti cikgu Javb, cikgu Mazlan, ustazah Zaiton, cikgu Mailin dan lain-lain lagi. Syabas dan tahniah kepada rumah kuning di atas keringat atlit yang berusaha bersungguh untuk mendapatkan kejuaraan pada tahun ini. Paling manis lagi, olahragawati 2011 juga di sandang oleh Florence Tika Jubi dari rumah Kuning. Kemenangan berganda buat rumah kuning.
|
02 February, 2012
01 February, 2012
Acara Tarik Tali Sempena Sukan Sekolah
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 12:18:00 pm Tiada Komen dikirimSempena sukan sekolah berlangsung, tidak dilupakan juga kepada masyarakat Kampung Kionsom Inanam untuk mengambil bahagian dalam acara tarik tali kategori lelaki dan perempuan. Pelbagai aksi menarik serta telatah lucu yang mencuit hati dapat dipersembahkan oleh para penarik tali pada tahu ini. Berikut adalah keputusan rasmi bagi acara tarik tali ini.
Bagi acara tarik tali kategori perempuan, johan disandang oleh KUMPULAN KAMPUNG KIONSOM yang mengalahkan KUMPULAN GURU-GURU PEREMPUAN SK KIONSOM dengan keputusan 2 - 1.
Bagi acara tarik tali kategori lelaki pula, johan disandang oleh KUMPULAN GURU-GURU LELAKI yang mengalahkan KUMPULAN KAMPUNG KIONSOM LELAKI dengan keputusan 2 - 0
Subscribe to:
Posts (Atom)









