23 February, 2012

Pasukan Bola Sepak SK Kionsom Inanam 2012

      Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Inanam 2012 telah diadakan pada 15 Febuari 2012 dan 16 Febuari 2012 yang lalu. Pengelola pertandingan ini ialah SK Inanam Dua dan pertandingan ini telah diadakan bertempat di padang SKID.

     Pasukan SK Kionsom Inanam telah menyertai pertandingan tersebut diwakili seramai 15 orang pemain dikendalikan oleh Jurulatih Bola Sepak En.Javb   Jatin dan En. Idrus Adam.  Seramai 5 orang pemain telah dipilih daripada kelas Tahun 6, 5 pemain dari kelas Tahun 5 dan 5 pemain dari kelas Tahun 4. Pemilihan yang sedemikian telah dirancang untuk membentuk pelapis pada tahun hadapan.

     Sistem pertandingan yang dijalankan adalah sistem secara liga berkumpulan . Sebanyak 13 buah sekolah telah menyertainya dan telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan    SK Kionsom Inanam berada dalam Kumpulan A. 
 Keputusan Perlawanan Kumpulan A
    
      Pasukan sekolah hanya berjaya mengumpul sebanyak 7 mata dan menduduki tangga ke 5 dalam kumpulan A apabila hanya sekadar seri dengan jaringan 1-1 melawan SK Keronggu Inanam.
  Tetap ceria walaupun terpaksa akurdengan  kekalahan permainan

Laporan disediakan oleh Javb Jatin

22 February, 2012

Pasukan Bola Tampar Perempuan SK Kionsom Inanam
tempat ke 3 peringkat zon Inanam 2012

          Pada 30 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012 yang lepas, SK Kionsom Inanam telah menghantar dua pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyertai Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Inanam 2012. Pengelola pertandingan ialah SJK( C ) Yick Nam, Inanam bertempat di padang sekolah tersebut.

Pasukan Bola Tampar Lelaki SK Kionsom 2012

          Seramai 16 orang peserta lelaki dan perempuan telah terpilih untuk mewakili SK Kionsom Inanam di bawah kendalian Jurulatih Bola Tampar sekolah iaitu Pn. Hazellyn Jalukan dan En. Othman M. Yusof.

      Tahap pencapaian bagi pasukan lelaki hanya berjaya layak hingga ke pusingan kedua  dan kalah dalam peringkat kumpulan Y berdepan dengan pasukan SK St. Cathrine Inanam.  Pasukan perempuan pula telah menduduki tempat ke tiga pertandingan apabila terpaksa tunduk dengan kehebatan pasukan dari SK Keronggu, Inanam.

Kedudukan pasukan lelaki tewas dalam pusingan 2 Kumpulan Y

 Kedudukan pasukan perempuan

LAMPIRAN
PERKARA
LAPORAN PELANCARAN
SK Kionsom Inanam
Peti Surat A-472,
89357 Inanam
Sabah
 Pertandingan  Bola Tampar 2012

Peringkat Pelancaran
Peringkat Zon Inanam
Tarikh
30 Jan 2012 (Isnin)
31 Jan 2012 (Selasa)
Tempat
Padang SJK ( C ) Yick Nam, Inanam
Nama Perasmi Penutupan
En.Heng Yee Sing
Guru Besar
SJK(C) Yick Nam, Inanam
Jumlah Peserta
12 orang murid
Jurulatih
     1/ Pn.Hazellyn Jalukan
     2/ En. Othman Mohd Yusof
Senarai Peserta
Lelaki
  1.    Jerry Saidi 
  2.    Jaswell 
  3.    Thendy S.
  4.    Bill A.
  5.    Fedy Alfred 
  6.    Md Ridzwan

Perempuan 
  1. Alvenna
  2. Irenenda 
  3. Fdrewdaisy 
  4. Dg.NurAfiqah 
  5. KellyBrenda 
  6. Vionna
Tahap Pencapaian
Pasukan lelaki hanya layak hingga ke pusingan separuh akhir dan kalah dalam peringkat kumpulan X.
Pasukan perempuan mennduduki tempat ke tiga pertandingan.
Dua orang murid perempuan (Alvenna dan Irenenda) terpilih sebagai wakil pemain Zon Inanam untuk ke pertindangan antara zon-zon Kota Kinabalu. 
Nama Pegawai Pelapor
Javb J. Maing Jatin

02 February, 2012

Sukan Sekolah Kali Ke - 16

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 12:24:00 pm Tiada Komen dikirim
Kejohanan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam Sabah pada tahun ini telah pun dimenangi oleh Rumah Kuning di bawah pimpinan Cikgu Bernadette. Di bantu oleh guru-guru rumah seperti cikgu Javb, cikgu Mazlan, ustazah Zaiton, cikgu Mailin dan lain-lain lagi. Syabas dan tahniah kepada rumah kuning di atas keringat atlit yang berusaha bersungguh untuk mendapatkan kejuaraan pada tahun ini. Paling manis lagi, olahragawati 2011 juga di sandang oleh Florence Tika Jubi dari rumah Kuning. Kemenangan berganda buat rumah kuning. 


Keputusan keseluruhan ialah tempat pertama rumah kuning, tempat kedua rumah merah dan tempat ketiga rumah biru. Manakala johan perbarisan dimenangi oleh rumah merah, tempat kedua rumah kuning dan tempat ketiga rumah biru. Olahragawan disandang oleh Max Rayner Hoipin dari rumah merah.


01 February, 2012

Acara Tarik Tali Sempena Sukan Sekolah

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 12:18:00 pm Tiada Komen dikirim
Sempena sukan sekolah berlangsung, tidak dilupakan juga kepada masyarakat Kampung Kionsom Inanam untuk mengambil bahagian dalam acara tarik tali kategori lelaki dan perempuan. Pelbagai aksi menarik serta telatah lucu yang mencuit hati dapat dipersembahkan oleh para penarik tali pada tahu ini. Berikut adalah keputusan rasmi bagi acara tarik tali ini.

Bagi acara tarik tali kategori perempuan, johan disandang oleh KUMPULAN KAMPUNG KIONSOM yang mengalahkan KUMPULAN GURU-GURU PEREMPUAN SK KIONSOM dengan keputusan 2 - 1.

Bagi acara tarik tali kategori lelaki pula, johan disandang oleh KUMPULAN GURU-GURU LELAKI yang mengalahkan KUMPULAN KAMPUNG KIONSOM LELAKI dengan keputusan 2 - 0
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube