05 November, 2013

Tarian Sumazau Beramai-ramai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:31:00 pm Tiada Komen dikirim
Sempena menunggu keputusan pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah oleh murid-murid SK Kionsom Inanam. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.



04 November, 2013

Tarian Magunatip

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:28:00 pm Tiada Komen dikirim
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.




03 November, 2013

Tarian Sazau

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:25:00 pm 1 komen dikirim
Persatuan Matematik SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.



02 November, 2013

Tarian Adai-Adai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:21:00 pm Tiada Komen dikirim
Persatuan Bahasa Inggeris SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi. Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian Zapin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.




01 November, 2013

Tarian Daling-Daling

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:18:00 pm 2 komen
Persatuan Sains SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku kaum Βajau dan Ѕuluk juga amat terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini.



  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube