04 May, 2012

Aktiviti Ikatan & Pertolongan Cemas

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:44:00 am Tiada Komen dikirim

Aktiviti ikatan dan pertolongan cemas sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam kali ini dikendalikan oleh Persatuan Pengakap SK Kionsom Inanam melalui guru penasihatnya iaitu Cikgu Mazlan, Cikgu Florina dan Cikgu Juvianah. Aktiviti ini tidak melibatkan pertandingan antara kumpulan, sebaliknya hanya permainan kecil sahaja setelah kemahiran diperolehi dari aktiviti ikatan dan pertolongan cemas.

03 May, 2012

Malam kebudayaan sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini dijalankan pada waktu malam setelah selesai proses pendaftaran peserta dan aktiviti ikatan dan pertolongan cemas. Malam kebudayaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan St. John Ambulan melalui guru penasihatnya Cikgu Azri, Cikgu Hartini dan Ustazah Zaiton. Malam kebudayaan ini merupakan aktiviti yang dipertandingkan. Oleh sebab itu setiap unit dikehendaki membuat persembahan. Antara unit yang terlibat seperti pengakap, st. john ambulan, persatuan bulan sabit Malaysia dan persatuan pandu puteri tunas.

02 May, 2012

Kawad kaki sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini adalah di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Malaysia menerusi guru penasihatnya iaitu cikgu Javb, cikgu Othman dan cikgu Rujinah. Kawad kaki ini juga dipertandingkan antara unit-unit beruniform SK Kionsom Inanam Sabah.

01 May, 2012

Pertandingan memasak antara unit beruniform SK Kionsom Inanam ini merupakan pertandingan terakhir dijalankan sempena perkhemahan kali ini. Pertandingan memasak ini adalah di bawah kendalian Persatuan Pandu Puteri Tunas melalui guru penasihat cikgu Bernadette, cikgu Wong Fui Ling dan cikgu Bernadette. Kreatif juga peserta mempersembahkan masakan mereka.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube