
Persatuan Bahasa Inggeris SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan...