Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam menjadi antara sekolah terbaik dalam Daerah Kota Kinabalu menjelang tahun 2017.




Bagi mencapai visi sekolah, Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam berazam untuk :


  1. Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif;
  2. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang yang berkesan;
  3. Menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
  4. Membudayakan keperibadian mulia di kalangan pelajar sebagai asas untuk membina insan bersepadu dan harmonis;
  5. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum yang berterusan mengikut kebolehan dan potensi pelajar.


  • Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam telah ditubuhkan pada tahun 1958, oleh masyarakat sendiri yang diketuai oleh Encik Kausik Ligong. Beliau merupakan seorang yang aktif dan mempunyai pemikiran yang luas untuk memajukan kampungnya sendiri. Dengan kerjasama masyarakat kampung yang bersefahaman di antara satu sama lain maka terbinalah bangunan sekolah. Sekolah ini didirikan di atas tapak bekas perkuburan. Kawasan tapak sekolah ini telah dibersihkan oleh masyarakat kampung dengan menggunakan sebuah jentolak kecil dan hasil sumbangan tenaga masyarakat kampung sendiri. Mengikut cerita orang kampung, semasa kerja meratakan tanah dijalankan, Encik Kausik Ligong telah jatuh sakit tenat sehingga tidak siuman. Mengikut kepercayaan penduduk kampung, beliau jatuh sakit disebabkan oleh kemarahan orang halus yang diganggu tempat kediaman mereka.


  • Walaupun mendapat pelbagai halangan, kerja membina sebuah bangunan yang mempunyai dua bilik telah dapat disiapkan pada bulan November 1958. Setelah bangunan sekolah yang pertama dapat disiapkan, masyarakat kampng telah sebulat suara bersetuju untuk menamakan sekolah ini sebagai NVES KIONSOM atau nama penuhnya NATIVE VOLUNTRY ENGLISH SCHOOL yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Pada awal tahun 1959 bangunan sekolah tersebut telah pun digunakan oleh murid-murid untuk belajar sebanyak tiga buah kelas iaitu darjah satu, dua dan tiga. Guru besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik Benedict Kuasong yang berasal dari Kota Kinabalu. Disebabkan dari tahun ke tahun para pelajar semakin bertambah aka dua buah bangunan juga telah dibina untuk dijadikan  asrama kanak-kanak yang tinggal jauh dari sekolah ini. Pada tahun 1965, Encik Benedict Kuasong telah digantikan oleh Puan Lucy Wong yang berasal dari Daerah Menggatal Kota Kinabalu, Sabah.

  • Pada tahun 1969, Puan Lucy Wong terpaksa berhijrah ke Kanada maka jawatan guru besar di sekolah digantikan oleh Cik Shan Siew Man. Setelah berkhidmat selama setahun, beliau digantikan oleh Encik Joseph Chong pada tahun 1971. Semasa Encik Joseph Chong menjadi guru besar di sekolah ini, bilangan murid-murid semakin bertambah. Bilangan guru pula hanya enam orang termasuk guru besar. Memandangkan bilangan kakitangan yang kurang sedangkan bilangan murid semakin bertambah, sering kali guru besar dan guru-guru terpaksa mengorbankan wang dan masa mereka sendiri untuk mengatasi pelbagai masalah yang bertambah. Ini kerana pada masa itu, sekolah ini masih merupakan sebuah sekolah sukarela dan tidak menerima bantuan kerajaan.


  • Untuk mengatasi masalah tersebut, pada tahun 1973 pihak sekolah telah memohon untuk menukar nama sekolah  ini menjadi SRK KIONSOM. Secara tidak langsung kejayaan menukarkan nama sekolah ini menjadi SRK Kionsom Inanam telah meninggikan taraf sekolah dan mendapat bantuan daripada kerajaan. Selaras dengan kejayaan itu, bahasa penghantar sekolah ini telah ditukar daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada tahun 1974 dan 1975, dua orang murid iaitu Lo Ah Seng dan Yukin Kupan telah menerima biasiswa Yayasan Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Semenanjung Malaysia.


  • Pada tahun 1980, satu bangunan baru telah siap dibina untuk menggantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana sudah terlalu usang. Selain itu bangunan rumah guru telah dibina. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Encik Marcel Leiking pada 3hb. Mei 1980. Pada tahun 1981, Encik Joseph Chong telah digantikan oleh Encik Tahir Omar yang berasal dari Papar, Sabah. Semasa beliau menjadi guru besar di sekolah ini, pihak jabatan pendidikan telah melantik seorang kerani sekolah dan seorang tukang kebun untuk bertugas di sekolah ini. Kehadiran kakitangan bukan mengajar di sekolah ini dapat mengatasi masalah beban tugas guru yang semakin banyak. Pada tahun 1985, Encik Aspar Damang mengambil alih jawatan Encik Tahir Omar sebagai guru besar. Di bawah pentadbiran beliau, pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dalam Zon Inanam semakin meningkat. Beliau berjaya menubuhkan Persatuan Pancaragam Sekolah yang pertama di Zon Inanam. Beliau juga berjaya mendapatkan bantuan projek kilat bangunan baru dengan dua buah bilik darjah dan sebuah pejabat am serta sebuah lagi rumah berkembar untuk kediaman guru. Bangunan ini dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah iaitu Encik Mahpor Baba pada 8hb.November 1987.


  • Pada tahun 1988, Encik Aspar Damang telah ditukarkan ke SK Likas. Tugas beliau diambil alih oleh Encik Ishak Hussin dari Negeri Selangor. Di bawah pentadbiran beliau, pihak sekolah telah mendapatkan bantuan kewangan dari Menteri Kewangan Sabah iaitu YB Datuk Bernard Dompok sebanyak lima ribu ringgit untuk tujuan membeli pakaian seragam Persatuan Pancaragam Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam dan sepuluh ribu ringgit untuk pembaikan padang sekolah. Pada tahun 1990, satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di sekola ini. Projek tersebut ialah projek pembinaan gelanggang permainan bola keranjang, sepak takraw dan badminton yang menelan belanja sebanyak RM 12,000.00 telah dibina di sekolah ini. Selain daripada itu, dua bangunan baru telah dibina iaitu untuk menempatkan bilik pendidikan muzik dan juga tandas murid. 


  • Dari masa ke semasa berbagai usaha dijalankan untuk mencantikkan dan mengindahkan kawasan sekolah. Beberaa pengubahsuaian telah dilakukan sama ada di dalam kelas mahupun penempatan pelbagai peralatan di dalamnya telah disusun dan diperkemaskan. Untuk membolehkan murid belajar dengan lebih selesa semua kelas telah dilengkapkan dengan kipas, langsir dan tikar getah. Selain itu bilik guru besar dan bilik guru telah dipasang dengan alat penghawa dingin. 


  • Menjelang alaf baru sehingga setakat ini SK Kionsom Inanam mempunyai 248 orang murid termasuk prasekolah, 19 orang guru akademik termasuk guru besar dan 5 orang staf AKS. Dibantu 2 orang pekerja am dan 2 orang pengawal keselamatan sekolah. Kini SK Kionsom Inanam juga telah berjaya menubuhkan laman web sekolah/blog tersendiri iaitu http://www.skkionsom.blogspot.com

  • Maklumat terkini :
    • Guru - 17 orang
    • AKS - 4 orang
    • Pengawal Keselamatan - 4 orang
    • Pekerja am - 2 orang

LENCANA SEKOLAH







Usaha di sini dimaksudkan sebagai satu pegemblingan tenaga secara maksimum untuk mencapai setiap cita-cita yang hendak dicapai. Daya usaha ini mampu melahirkan insan yang mempunyai daya saing dan daya tahan diri yang tinggi. Saingan secara global tidak melamahkan insan malah menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Kejayaan yang dicapai, disusuli pula dengan usaha yang tinggi akan melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.





Tajuk : 
Sekolahku tercinta.



Kami mula di sini menimba ilmu
tunjuk ajar diberi dari guruku
kami patuh kepada ajaran guru
demi capai matlamat wawasan kita

Bidang akademik kami terus belajar
mengharumkan nama sekolah
idang permainan kami tidak lupa
untuk kesihatan

SK Kionsom Inanam diberi nama
sekolah yang tercinta jadi kenangan



Hasil ciptaan : Cikgu Mazlan


BENDERA SEKOLAH



  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube