Sempena menunggu keputusan pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah oleh murid-murid SK Kionsom Inanam. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
05 November, 2013
04 November, 2013
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.
03 November, 2013
Persatuan Matematik SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.
02 November, 2013
Persatuan Bahasa Inggeris SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi. Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian Zapin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
01 November, 2013
Persatuan Sains SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku kaum Î’ajau dan Ð…uluk juga amat terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini.
01 July, 2013
Sambutan Maulidur Rasul SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:26:00 pm 1 komen dikirim
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
22 February, 2013
Tahun Baru Cina, Sang Singa Datang Ke Sekolah
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:08:00 am Tiada Komen dikirim
Pada 21/02/2013 tepat jam 10.20 pagi waktu rehat, sekolah didatangi oleh sekumpulan tarian singa untuk membuat persembahan di sekolah. Pihak sekolah dengan rasa berbesar hati menerima kedatangan mereka. Inilah antara gambar yang sempat diambil ketika persembahan berlangsung :
Persembahan Pertama 2013
Persembahan sedang berlangsung
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kionsom Inanam memberi Ang Pow kepada Sang Singa
Gambar di bawah ini pula adalah gambar dari Tahun 2012. Nampaknya sudah 2 kali Sang Singa datang ke sekolah ini.
10 January, 2013
TAHAP 1 STANDARD PRESTASI
Tahun 1
- Borang Pentaksiran Individu Bahasa Malaysia
- Borang Pentaksiran Individu Bahasa Inggeris
- Borang Pentaksiran Individu Bahasa Kadazan Dusun
- Borang Pentaksiran Individu Bahasa Arab
- Borang Pentaksiran Individu Matematik
- Borang Pentaksiran Individu Dunia Sains & Teknologi
- Borang Pentaksiran Individu Dunia Seni Visual
- Borang Pentaksiran Individu Dunia Muzik
- Borang Pentaksiran Individu Pendidikan Jasmani
- Borang Pentaksiran Individu Pendidikan Kesihatan
- Borang Pentaksiran Individu Pendidikan Islam
- Borang Pentaksiran Individu Pendidikan Moral
Tahun 2

Tahun 3

09 January, 2013
TAHAP 1 STANDARD PRESTASI
Tahun 1
- Borang Pentaksiran Kelompok Bahasa Malaysia
- Borang Pentaksiran KelompokBahasa Inggeris
- Borang Pentaksiran Kelompok Bahasa Kadazan Dusun
- Borang Pentaksiran Kelompok Bahasa Arab
- Borang Pentaksiran Kelompok Matematik
- Borang Pentaksiran Kelompok Dunia Sains & Teknologi
- Borang Pentaksiran Kelompok Dunia Seni Visual
- Borang Pentaksiran Kelompok Dunia Muzik
- Borang Pentaksiran Kelompok Pendidikan Jasmani
- Borang Pentaksiran Kelompok Pendidikan Kesihatan
- Borang Pentaksiran Kelompok Pendidikan Islam
- Borang Pentaksiran Kelompok Pendidikan Moral

08 January, 2013
Bantuan Awal Persekolahan RM 100 di SK Kionsom Inanam
Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 11:21:00 am Tiada Komen dikirim
Bantuan Awal Persekolahan RM100 yang berlangsung di SK. Kionsom ini pada ketetapan 21hb. Januari 2013 dijalankan mengikut kelas masing-masing. Semua ibubapa berkumpul mengikut anak yang bersekolah dalam kelas tahun 1 hinggalah kelas tahun 6.
Subscribe to:
Posts (Atom)