05 November, 2013

Tarian Sumazau Beramai-ramai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:31:00 pm Tiada Komen dikirim
Sempena menunggu keputusan pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah oleh murid-murid SK Kionsom Inanam. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Ilham tarian...

04 November, 2013

Tarian Magunatip

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:28:00 pm Tiada Komen dikirim
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi...

03 November, 2013

Tarian Sazau

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:25:00 pm 1 komen dikirim
Persatuan Matematik SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau...

02 November, 2013

Tarian Adai-Adai

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:21:00 pm Tiada Komen dikirim
Persatuan Bahasa Inggeris SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan...

01 November, 2013

Tarian Daling-Daling

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 3:18:00 pm 2 komen
Persatuan Sains SK Kionsom Inanam telah pun membuat persembahan sempena pertandingan tarian etnik suku kaum di Sabah. Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku kaum Βajau dan Ѕuluk juga amat terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube