04 May, 2012

Aktiviti Ikatan & Pertolongan Cemas

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 9:44:00 am Tiada Komen dikirim

Aktiviti ikatan dan pertolongan cemas sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam kali ini dikendalikan oleh Persatuan Pengakap SK Kionsom Inanam melalui guru penasihatnya iaitu Cikgu Mazlan, Cikgu Florina dan Cikgu Juvianah. Aktiviti ini tidak melibatkan pertandingan antara kumpulan, sebaliknya hanya permainan kecil sahaja setelah kemahiran diperolehi dari aktiviti ikatan dan pertolongan cemas.

03 May, 2012

Malam kebudayaan sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini dijalankan pada waktu malam setelah selesai proses pendaftaran peserta dan aktiviti ikatan dan pertolongan cemas. Malam kebudayaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan St. John Ambulan melalui guru penasihatnya Cikgu Azri, Cikgu Hartini dan Ustazah Zaiton. Malam kebudayaan ini merupakan aktiviti yang dipertandingkan. Oleh sebab itu setiap unit dikehendaki membuat persembahan. Antara unit yang terlibat seperti pengakap, st. john ambulan, persatuan bulan sabit Malaysia dan persatuan pandu puteri tunas.

02 May, 2012

Kawad kaki sempena perkhemahan unit beruniform SK Kionsom Inanam ini adalah di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Malaysia menerusi guru penasihatnya iaitu cikgu Javb, cikgu Othman dan cikgu Rujinah. Kawad kaki ini juga dipertandingkan antara unit-unit beruniform SK Kionsom Inanam Sabah.

01 May, 2012

Pertandingan memasak antara unit beruniform SK Kionsom Inanam ini merupakan pertandingan terakhir dijalankan sempena perkhemahan kali ini. Pertandingan memasak ini adalah di bawah kendalian Persatuan Pandu Puteri Tunas melalui guru penasihat cikgu Bernadette, cikgu Wong Fui Ling dan cikgu Bernadette. Kreatif juga peserta mempersembahkan masakan mereka.

30 April, 2012

Keputusan penuh ke semua pertandingan yang dipertandingkan dalam perkhemahan unit beruniform SK Kionsom adalah seperti berikut :
  1. Persatuan Pandu Puteri Tunas
  2. Persatuan St. John Ambulan
  3. Persatuan Pengakap & Persatuan Bulan Sabit Malaysia

29 April, 2012

02 April, 2012

Majlis Persaraan Cikgu Mailin

Dikirim Oleh ketua pentadbir Pada 5:07:00 pm Tiada Komen dikirim

23 February, 2012

Pasukan Bola Sepak SK Kionsom Inanam 2012

      Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Inanam 2012 telah diadakan pada 15 Febuari 2012 dan 16 Febuari 2012 yang lalu. Pengelola pertandingan ini ialah SK Inanam Dua dan pertandingan ini telah diadakan bertempat di padang SKID.

     Pasukan SK Kionsom Inanam telah menyertai pertandingan tersebut diwakili seramai 15 orang pemain dikendalikan oleh Jurulatih Bola Sepak En.Javb   Jatin dan En. Idrus Adam.  Seramai 5 orang pemain telah dipilih daripada kelas Tahun 6, 5 pemain dari kelas Tahun 5 dan 5 pemain dari kelas Tahun 4. Pemilihan yang sedemikian telah dirancang untuk membentuk pelapis pada tahun hadapan.

     Sistem pertandingan yang dijalankan adalah sistem secara liga berkumpulan . Sebanyak 13 buah sekolah telah menyertainya dan telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Pasukan    SK Kionsom Inanam berada dalam Kumpulan A. 
 Keputusan Perlawanan Kumpulan A
    
      Pasukan sekolah hanya berjaya mengumpul sebanyak 7 mata dan menduduki tangga ke 5 dalam kumpulan A apabila hanya sekadar seri dengan jaringan 1-1 melawan SK Keronggu Inanam.
  Tetap ceria walaupun terpaksa akurdengan  kekalahan permainan

Laporan disediakan oleh Javb Jatin
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube